Lebih 3 ribu hadiri ceramah presiden
Written by Administrator   
Tuesday, 19 May 2009
BERA : Meskipun terpaksa berpindah lokasi ceramah dari tempat asalnya dari padang awam Felda Rentam ke Markas PAS Darul Ikhwan, Mengkarak, ceramah Pakatan Rakyat bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 16 Mei lalu tetap disambut meriah dengan kehadiran lebih 3,000 pendengar.

Difahamkan pertukaran tempat ceramah berikutan ugutan pihak polis terhadap penganjur yang dikatakan menerima campur tangan daripada Umno Bera sehingga berkeras tidak membenarkan tempat berkenaan digunakan, walaupun sudah beberapa kali berlangsung ceramah PAS di situ.

Turut berceramah ialah Presiden ANAK yang juga AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, Penasihat Undang-undang PKR Ahmad Nizam Abd Hamid dan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik.

Ceramah sempena road-show Bulan Infak PAS Pahang itu dipengerusikan oleh Bendahari PAS negeri yang juga Timbalan YDP PAS Bera, Musaniff Abdul Rahman.

Turut hadir Adun Triang Leong Ngah Ngah, Adun Tras Choong Siew Onn, Penasihat PAS Pahang Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman dan YDP PAS Bera Ustaz Sulaiman Mohamad.

 
< Prev   Next >

Hulurkan Sumbangan



Imej Rawak

12.jpg

Sedang Akses

We have 2 guests online