|
Kutipan dijalankan pada malam ini |
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 09 May 2009 |
Sempena Ceramah Perdana dan Pidato Isu Perak yang bakal berlangsung pada malam ini, Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang akan melancarkan kutipan sempena Bulan Infak.
Kutipan ini bertujuan menampung kos pembelian bangunan pentadbiran Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang yang kini berdiri megah di tengah-tengah bandar Temerloh.
Justeru, semua yang hadir amat dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan pada malam ini bagi memastikan survival PAS terus utuh di bumi Pahang ini, Insyaallah.
|